Saturday, May 23, 2009

Selamat Hari Guru !!!


Assalamualaikum......


Kepada semua guru-guru yang ada kat dunia nih, saya cuma nak ucapkan SELAMAT HARI GURU !!! Semoga panjang umur terutama guru-guru yang pernah mengajar saya.....


Wednesday, May 13, 2009

Sudy,study and study

Assalamualaikum.....


Minggu ni harus study sebab minggu depan ada periksa. TENSION ! Sebab apa ? Kelas saya adalah kelas harapan sekolah untuk mendapat 5 A & Mumtaz dalam PSRA... Semua mengharapkan kelas saya. TENSION!!!!! Ya ALLAH !!! bantulah hambamu yang sedang dalam keadaan tension ni... AMIN.... Doa-doa kanlah saya supaya dapat straight A. Doa anda amat dihargai. Itu sajalah. Sekian.......

Saturday, May 2, 2009

The bestest Tamrin !

Assalamualaikum...


Apa khabar kawan-kawan? Saya sihat jer. Pada 24-26 Apr 2009, sekolah saya telah mengadakan tamrin pengukuhan tahun 6 dan SMI di Impian Country Resort, Hulu Langat.

24 Apr 2009 (hari pertama)
Tiba di tapak perkemahan. Tempatnya sangat cantik. Aman dan damai. Kami beratur kemudian masuk dewan kerana ada beberapa taklimat daripada isteri pemilik tempat perkemahan yang dikenali sebagai Mak Wan. Kemudian solat asar dan 'ice breaking'. Pada malamnya, selepas solat isya', ada night walking yang saya takuti. Sebab apa? Sebab takut ada pacat. Jadi, saya dan beberapa orang lain yang lemah semangat (seperti saya) dan juga orang yang ada penyakit tertentu menunggu mereka yang pergi night walking. malam tu juga kami tidur pada jam 1 pagi.

25 Apr 2009(hari kedua)
Kami bangun pada jam 5 pagi dan bersiap sedia untuk solat subuh. Pada paginya pula, ada ceramah dan latihan dalam kumpulan. kemudian kami makan tengahari dan solat zohor. Selepas itu latihan dalam kumpulan lagi( 2% bosan but best).pada petang nya pula ada lari berhalangan. dalam hati berkata"huih ! lari berhalangan mesti best. Nak masuk jugak la.. tak kisah lah kena gigit pacat pun." dengan beraninya saya pergi jugak. tapi sebelum tu, kena bersenam sikit. lompat bintang 10 kali(saya pun keliru ni ka namanya). semua kena sama lompatannya. Cubaan 1:gagal tambah lagi 20 kali.Kami buat sampai 5 cubaan baru sama. lepastu, lari berhalangan. Agak mancabar. malam tu seperti biasa. makan, solat, ceramah dan tidur.

26 Apr 2009(hari last)
Kami bangun pada jam 4 pagi kerana ada qiamulail. Antara solat sunat yang dilakukan ialah solat sunat tahajud,hajat dan lain-lain. Pada jam 8:30 pagi pula ada jungle trekking. dengar cerita daripada kawan tak ada pacat. FUH !! Selamat... pada jam 1 petang ada majlis penutup yang dirasmikan oleh Tn Hj Mahyuddin yaitu ketua pengarah yayasan takmir pendidikan. Kemudian kami solat zohor dan makan tengahari. Lepas tu berkumpul dan bertolak kesekolah. Perempuan lambat bertolak kerana tak da yang mengaku siapa punya baju yang tertinggal. Tak sempat nak cakap selamat tinggal kat tempat tamrin. we...we... SEKIAN.